Friday 9 January 2015

Semua Pernah Bermimpi? Jom Baca Perbezaan Mimpi Lelaki dan Wanita



Semua Pernah Bermimpi? Jom Baca Perbezaan Mimpi Lelaki dan Wanita| Tahukah anda lelaki dan perempuan mengalami mimpi buruk yang berbeza?  Menurut kajian yang dibuat di Universiti Of Montréal,  lelaki dan perempuan tidak menghadapi ketakutan dan pemikiran bawah sedar yang sama. Mimpi buruk lelaki akan cenderung kepada bencana dan musibah, misalnya , kebakaran, banjir , peperangan  dan kiamat.

Kedua-dua lelaki dan perempuan mengalami 34% mimpi buruk berbentuk konflik dengan rakan atau dikhianati pasangan. Walau bagaimanapun, wanita dua kali lebih biasa mengalami mimpi buruk seperti ini berbanding lelaki. (23 peratus untuk wanita, 11 peratus bagi lelaki).
Untuk menjawab persoalan mengapa perempuan mengalami  perkara ini lebih kerap, pengkaji turut mencadangkan bahawa emosi mungkin  memainkan peranan dalam perkara ini. Faktor biologi dan sosial juga dilihat sebagai faktor mengapa lelaki dan perempuan mempunyai kecenderungan mimpi yang berbeza.

Sebagai contoh, mimpi tentang konflik sosial akan mendapat tindak balas emosi yang lebih hebat di kalangan wanita. Kesan emosi (ketakutan) yang dialami oleh lelaki dan wanita adalah berbeza.
Wanita mempunyai kecenderungan bermimpi tentang emosi , perhubungan dan ahli keluarga, Sebaliknya, lelaki pula lebih cenderung bermimpi tentang keganasan, orang yang tidak dikenali, kereta dan seks bersama dengan orang yang tidak dikenali.

Selain kandungan dan bentuk mimpi, pandangan dan persepsi lelaki dan wanita tentang mimpi juga berbeza. Wanita lebih cenderung  untuk meningat semula dan mencari maklumat lanjut tentang mimpi mereka dan mereka juga menganggap mimpi adalah perkara yang penting . Wanita turut didapati suka berkongsi dan membincangkan mimpi mereka dengan orang lain.
Wanita juga adalah lebih “rajin” untuk mencari dan memikirkan tentang tafsiran mimpi mereka berbanding lelaki.

Kedua-dua lelaki dan wanita juga bermimpi tentang kerjaya.  Bagaimanapun, lelaki lebih cenderung bermimpi tentang kejayaan dan kebosanan di tempat kerja. Manakala wanita pula kerap bermimpi tentang cabaran mereka dalam mengimbangi keluarga dan kerjaya dan juga ekspresi emosi mereka di tempat kerja.

Dalam satu kajian yang dibuat ahli psikologi, Jennie Parker dari Universiti West of England, dalam mimpi seks, lelaki lebih cenderung bermimpi merujuk kepada aktiviti seksual yang sebenar berbeza dengan wanita, wanita lebih cenderung bermimpi perkara seksual seperti bercium  dan fantasi seksual.Kajian lain juga menunjukkan bahawa lelaki lebih kerap bermimpi tentang seks berbanding wanita.

Kecenderungan mimpi lelaki :


Orang asing , kejayaan dan kegagalan
Melakukan seks dengan orang yang tidak dikenali
Kereta
Keganasan
Lebih pendek
Kurang warna
Persaingan
Kerjaya dan kewangan


Kecenderungan mimpi wanita :


Ahli keluarga dan perhubungan
Mencium, menggoda  seseorang, atau melakukan hubungan seks dengan seseorang yang dikenali
Keagresifan  lisan
Ekspresi emosi
Kehilangan orang tersayang
Mimpi yang lebih panjang
Lebih berwarna
Perbualan
Mimpi tentang kerjaya semakin meningkat
Hal rumah tangga

0 comments :

Post a Comment