Friday 16 January 2015

Penulis Blog menghadapi hukuman sebat 1000 kali di Arab Saudi kerana menghina ISLAM!!!

Seorang blogger internet menghadapi 1,000 sebatan kerana mengkritik ulama di Arab Saudi telah diberikan harapan baru semalam selepas campur tangan daripada raja.

Tunduk kepada tekanan antarabangsa secara besar-besaran, Raja Abdullah telah merujuk kes Raif Badawi ke mahkamah tertinggi di negara ini.


Badawi bersama-sama anaknya.

Tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari kerajaan Saudi pada campur tangan raja itu, diturunkan oleh isteri Encik Badawi, Ensaf.



Terdahulu semalam Arab Saudi dituduh (melakukan) 'kekejaman keterlaluan' selepas mereka menangguhkan sebatan hukuman terhadap Encik Badawi supaya luka-lukanya dapat sembuh sebelum dia disebat lagi.

Encik Badawi, 31, telah meraih sokongan daripada kerajaan dan kumpulan hak asasi manusia di seluruh dunia selepas dia dijatuhi hukuman sepuluh tahun penjara, denda £ 177,000 dan sebatan.

Photo: Instagram

Jenayah rasmi beliau adalah untuk menghina Islam tetapi penyokong mengatakan kesalahan yang sebenar adalah untuk mengkritik ulama Sunni yang kuat di negara ini di laman blog beliau. Beliau menghadapi 50 sebatan di setiap hari Jumaat untuk 18 minggu akan datang.


Amnesty berkata beliau (Badawi) telah dibawa keluar dari sel di Jeddah semalam dan diperiksa oleh seorang doktor yang membuat keputusan bahawa luka dari set pertama 50 sebatan minggu lalu tidak sembuh.

Beliau mencadangkan pusingan seterusnya sebatan ditangguhkan ke minggu depan.

Rakaman video bocor diambil pada telefon bimbit dipercayai menunjukkan sesi sebatan pertama, dikongkong dan berdiri Encik Badawi terkena pada kakinya dan belakang oleh seorang anggota polis dengan suis.


Badawi mendapat perhatian dan pembelaan dari masyarakat luar negara.

Isteri Encik Badawi telah melarikan diri ke Kanada dengan anak-anak mereka. Beliau berkata beliau memulakan forum yang hanya bertujuan untuk menggalakkan perbincangan mengenai agama Islam. 

Selepas melihat video itu, beliau berkata: 'Setiap sebatan itu membunuh (menyeksa) saya.'

Rawatannya diperbaharui kemarahan global mengenai kes tersebut.

'Bukan sahaja penangguhan ini mendedahkan kekejaman gelita hukuman ini, ia menunjukkan kekejaman yang keterlaluan, "kata Amnesty Said Boumedouha.



'Tanggapan bahawa Raif Badawi mesti dibenarkan untuk sembuh supaya dia boleh menderita hukuman ini kejam sekali lagi dan sekali lagi adalah mengerikan dan keterlaluan.'

Pegawai-pegawai PBB berkata sebatan yang melanggar undang-undang antarabangsa sebagai 'hukuman kejam dan luar biasa'.

Kementerian Luar Negeri berkata ia akan terus meningkatkan (memberi tekanan) terhadap kes itu.

6 GAMBAR PAKAIAN PENGANTIN YANG TAK INGIN KITA LIHAT

6 GAMBAR PAKAIAN PENGANTIN YANG TAK INGIN KITA LIHAT 

Perkahwinan merupakan hari paling gembira bagi setiap pasangan. Jadi pada hari tersebut kesemua perancangan akan mengikut apa yang pasangan ini inginkan termasuk baju pengantin. 

Tapi kadang-kadang pemikiran mereka malangkaui apa yang pernah kita bayangkan. Cuba tengok baju pengantin wanita yang pelik dan unik. Ada lagi beberapa baju pengantin yang agak seksi tetapi kami tidak masukan.






Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir



Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir | Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.

ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.

iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.

x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.

xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

Jep Sepahtu Suspek Denggi, Shuib Solo Lagi Malam Ini?



Jep Sepahtu Suspek Denggi, Shuib Solo Lagi Malam Ini?

"Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja. 
"Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius," demikian kata Jep Sepahtu mengenai kesihatannya sejak seminggu lalu. 

Bagi yang masih tertanya-tanya, inilah sebenarnya penyakit Jep yang menyebabkannya tidak muncul beraksi di pentas MLM2014 minggu lalu. Dia terpaksa cuti selama 10 hari dan pulang berehat di kampung halamannya disebabkan demam denggi. 

"Saya tidak tahu bagaimana mahu menyebut nama penyakit itu secara saintifik tetapi menurut doktor yang merawat saya, memang saya diserang demam denggi. Selepas menjalani pemeriksaan darah dan sebagainya, saya ambil cuti selama 10 hari dan berehat di kampung," ujar Jep.Untuk info, meskipun suhu badannya sudah kembali normal, namun tahap kecergasannya Jep masih belum pulih sepenuhnya. 

Persoalannya sekarang, mungkinkah Jep akan beraksi bersama Shuib malam ini atau Shuib akan tetap solo sekali lagi? Jawapannya hanya terjawab di dalam MLM2014 malam ini!

Thursday 15 January 2015

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Tanah Yang Subur!

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Tanah Yang Subur!

Ma'an, Jordan. Andai dahulunya padang pasir terkenal dengan ketandusan dan kekeringan, realiti terbalik kongkang telah berlaku sekarang. Tanaman hijau subur membiak seakan padang pasirlah tempat yang paling sesuai untuk bercucuk tanam.





Nah, sekarang telah terbukti betapa benarnya apa yang disabdakan oleh Baginda Nabi SAW tentang peristiwa akhir zaman. Antara mafhumnya "padang pasir yang tandus kan bertukar menjadi subur". Sudah banyak terbukti tentang apa yang dikhabarkan Baginda SAW berkenaan keadaan akhir zaman kepada kita. Tetapi,alertkah kita akan peringatan Baginda tersebut ? Fikir-fikirkan..

Teknik pengairan yang dinamakan "pengairan pangsi" atau dalam BI nya "pivot irrigation" telah diaplikasikan di Ma'an. Corak dan design tanaman juga boleh dibentuk menggunakan kaedah pengairan ini. Banyak negara-negara timur tengah yang telah memanfaatkan sistem pengairan canggih ini ke atas padang pasir milik tadbirnya.

"Ya Allah.. Seandainya ingin Engkau utuskan Izrail-Mu untuk mencabut rohku, arahkanlah dia untuk datang setelah aku berjaya mencapai redha-Mu dan redha kekasih-Mu, Muhammad SAW.. Amiin..

Semoga info yang diberikan ini menambahkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT.

Wednesday 14 January 2015

Kisah Seram Angkara Tidak Mandi Wajib



Kisah Seram Angkara Tidak Mandi Wajib



Kisah ini bukan berlaku pada saya tapi pada kawan kakak saya. Kisah in berlaku kira-kira pada tahun 80an. 

Kakak saya mempunyai kawan perempuan yang agak terkenal akan kenakalannya, namanya Ju. Orangnya ambil tak endah tentang pantang larang dan suruhan agama. Kalau datang bulan tak pernah mandi hadas atau mandi wajib. Apa yang berlaku, satu hari dia bersiar2 dengan teman lelakinya di kawasan Clementi Woods.

Sedang asyik mereka berbual2 di situ, tiba2 teman lelakinya nampak cemas dan terus ajak pulang. Dia pun mula rasa marah kerana teman lelakinya tak cakap kenapa tergesa2 ingin pulang siang2. Dia ni selalu gaduh dengan ibunya jadi selalulah dia tidur di rumah kawan. Sebab tulah tak suka balik siang. Kerana terpaksa, dia pun pulang. Kerana dia ni tak ada pantang larang, dia balik, buka pintu, dalam gelap2 dia masuk bilik. Tak cuci kaki, tak cuci muka, terus baring di atas katil.

Tiba2 sedang dia pejamkan mata, dia terdengar bunyi macam orang mengebas cadar, kuat bunyinya. Kemudian dia terasa bulu romanya berdiri dari kaki hingga ke tengkuk. Dia pun cubalah baca2 apa yang dia tahu tapi dalam keadaan kotor, baca apa pun tak guna. Kemudian dia terdengar bisikan di telinga, “Nak tidur Ju???” Dia tak pasti samada dia dengar “Cu” atau “Ju” iaitu namanya. Walaupun sedang dalam keadaan takut, dengan mata tertutup, dia merangkak di lantai dan menuju ke pintu. Dia tahu selok-belok bilik itu kerana ada katil dan satu almari di tepi sahaja, jadi tengah2 semua kosong.

Namun, semasa merangkak di tengah bilik, dia terlanggar sesuatu. Dia pun apa lagi, terus cepat2 meluru ke pintu dalam keadaan merangkak. Dia terus mengetuk bilik kawannya. Lama juga baru kawannya buka dengan suaminya di sebelah. Kerana suaminya tahu sedikit pasal benda-benda ini, apalagi muka suaminya punyalah berang. Marah apabila dia tengok dan dia tahu apa terjadi tak payah cerita pun. “Kau pergi mandi sekarang, menyusahkan orang aje bawak benda2 ni balik…”

Sesudah mandi, dan suami kawannya dah halau benda tu keluar, dia nak tidur dalam bilik temannya tapi suami temannya tak benarkan, memang padan muka dia. Semasa dia di dalam bilik itu dengan senaskah Al-Qur’an di tepi kepala, dia masih terdengar bunyi cakaran di tingkap. Berdesing telinganya. Maklum tingkap dulu kan tingkap jenis aluminium.

Diharapkan anda tidak buat main-main perkara seperti ini. Bagi mengelakkan berlaku perkara yang buruk, kita hendaklah sentiasa membersihkan diri sentiasa.

5 Kematian Paling Pelik Di Dunia

5 Kematian Paling Pelik Di Dunia

Dalam banyak ajaran agama dan kepercayaan, kematian adalah sesuatu yang tidak boleh diramal. Bila, di mana dan bagaimana; tiada siapa yang tahu.
Berkongsia artikel yang dimuatnaik dari portal Mylaunchpad, di bawah disenaraikan 5 kematian paling pelik (dan mungkin ironik) yang pernah berlaku di seluruh dunia.

1. MATI DI MAJLIS PENGEBUMIAN SENDIRI


Seorang wanita Russia, Fagilyu Mukhametzyanov disahkan meninggal dunia kerana kegagalan jantung. Namun, dia ‘bangun’ ketika majlis pengebumiannya sedang berjalan. Dia hidup untuk tempoh 10 minit sebelum menghembuskan nafas terakhir. This time, for good.

2. MATI KERANA CUBA BUKTIKAN CERMIN TAK BOLEH PECAH



Gary Hoy seorang peguam yang sangat berjaya namun punya kegemaran ‘mengenakan’ pekerja baru. Ketika mengiringi sekumpulan pelatih guaman, Gary bergurau dengan memberitahu satu tingkap di pejabat mereka tidak boleh dipecahkan. Untuk membuktikannya, Gary menghentam dirinya sendiri ke arah cermin tingkap tersebut. Cermin tersebut pecah dan Gary ‘terhumban’ ke luar tingkap dan meninggal dunia.

3. PENGGEMAR MAKANAN ORGANIK MATI SAKIT JANTUNG


J.I Rodale seorang yang sangat obses dengan produk organik; dari makanan sehinggalah barangan keperluan harian. Malah, dia juga tak percayakan perubatan moden dan tradisional sebaliknya punya alternatif sendiri dengan menggunakan barangan organik. J.I mengakui dia melakukan semua itu kerana mahu hidup sehingga suia 100 tahun. Namun dia meninggal dunia pada usia 72 tahun kerana serangan jantung.

4. JURUTERBANG PELATIH MATI DALAM FLIGHT SIMULATOR


Tiga juruterbang pelatih mati ketika sesi latihan dalam flight simulator, apabila sebuah pesawat Beechcraft King Air 200, terhempas di atas bangunan Keselamatan Penerbangan Kansas.

5. MATI TERKENA KEJUTAN ELEKTRIK DALAM PENJARA


Lawrence Baker didakwa kerana membunuh, namun dia terselamat dari hukuman mati. Sebaliknya dia dipenjara seumur hidup. Satu hari, dia menggunakan tandas dan membawa fon kepala kerana sedang mendengar lagu. Aliran elektrik dari fon berkenaan dikatakan mengalir dan menyebabkan litar pintas pada tandas jenis duduk itu, dan Lawrence mati akibat kejutan elektrik.