Saturday 10 January 2015

Gambar & Video : Gadis Bertudung Dicium Artis Kpop Dapat Kritikan Teruk Dari Masyarakat


Beberapa gambar dan video yang memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi di internet. Gambar dan video tersebut telah mendapat respon dari netizen yang rata-rata mengkritik perbuatan tersebut.




Difahamkan,  gadis-gadis tersebut telah dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh ACER.




Jika dilihat pada Twitter, aksi tersebut telah mendatangkan respon yang negatif dari netizens. Ramai yang melihat aksi itu tidak sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua belah pihak iaitu gadis bertudung tersebut dan juga artis Kpop itu.

Berikut adalah gambar-gambar yang tersebar di Internet yang mencetuskan perdebatan mengenai perkara ini.






Rasanya perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab memberi kebenaran persembahan ini dijalankan di Malaysia. Bukan apa, tapi, kegilaan terhadap Kpop dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan muda-mudi Malaysia terutamanya golongan wanita.

0 comments :

Post a Comment